Tuesday, September 23, 2008

kuiz....sebelum raya

..aku balik klate ari ahad..cik jah pulok balik kedah..lawan arus tul...kadang2 aku terfikir..camna la kalau aku terserempak dengan cik jah di plaza serangkai emas..atau pong di klinik azhar..( aku sure cik jah tau tempat nie.. ) adakah kami akan..jeng..jeng

1. bersalaman sambil tersenyum
2. bertukar senyuman kambing
3. atau dasyat lagi berpelukkan
4. bertanya khabar
5. memberi atau menjawab salam
6. atau cik jah belanja aku makan kfc sambil kami mengumpat blogger yang lain
7...atau buat2 tak kenal..
8. atau mmg cik jah tak kenal..sbb lain benar roper sebenar ngan dalam blog ..he..he

cik jah dan kawan yang lain tolong la aku selesaikan masalah ini...

Saturday, September 20, 2008

Buat kita semua....

Maaf bebanyak kepada semua kawan alam maya nie..tak der benda aku nak share ...jadi aku tepek benda nih la..harap korang semua sudi baca..he.he..he

Aku balik kg ari senin pagi..harap tak jem nenas la masa tuh....aminnn....cuti seminggu. kawan2 semua macamana?( ayat formal sikit )

Buat mu....wanita

Jangan suka mendedah tubuh
Jadilah seperti jagung, jangan seperti gajus.
Jagung membungkus bijinya yang banyak, sedangkan gajus mempamerkan bijinya yang cuma satu.

Setia terhadap pasangan
Jadilah seperti pohon pisang.
Pohon pisang kalau berbuah hanya sekali seumur hidupnya.

Kecantikan dalaman
Jadilah seperti durian, jangan seperti kedondong.
Durian walaupun di luarnya penuh kulit yang tajam, tetapi di dalamnya lembut dan manis.
Berbeza dengan kedondong, di luarnya mulus dan berkilat, tetapi di dalamnya ada biji yang berduri.

Jaga kesucian dalam bergaul
Jadilah seperti sengkuang, walaupun hidup dalam tanah dan selut, tetapi ubinya tetap putih bersih.

Selalu bertindak adil
Jadilah seperti tandan petai, bukan tandan rambutan.
Tandan petai membahagi makanan sama rata ke biji2nya, semua seimbang, tidak seperti rambutan, ada yang kecil ada yang besar.

Semakin tua semakin bijaksana
Jadilah seperti cili. Semakin tua,semakin pedas.

Jangan bermuka-muka
Jadilah seperti buah manggis.
Buah manggis bioleh diketahui ulas isinya dari bahagian tampuknya.

Thursday, September 18, 2008

RAHSIA MEMOTONG KUKU

RASULULLAH S.A.W BERSABDA: YANG ERTINYA: Barang siapa yang mengerat kukunya pada ;

* Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit

* Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan

* Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat

* Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit

* Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.

* Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.

* Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.

Renungan kita bersama...

TANDA-TANDA KIAMAT

Hudzaifah bin As-yad al-Ghifary berkata, sewaktu kami sedang berbincang, tiba-tiba datang Nabi Muhammad S.A.W kepada kami lalu bertanya, "Apakah yang kamu semua sedang bincangkan.?"

Lalu kami menjawab, "Kami sedang membincangkan tentang hari Kiamat."

Sabda Rasulullah S.A.W. "Sesungguhnya kiamat itu tidak akan terjadi sebelum kamu melihat sepuluh tanda :-

1. Asap
2. Dajjal
3. Binatang melata di bumi
4. Terbitnya matahari sebelah barat
5. Turunnya Nabi Isa A.S
6. Keluarnya Yakjuj dan Makjuj
7. Gerhana di timur
8. Gerhana di barat
9. Gerhana di jazirah Arab
10. Keluarnya api dari kota Yaman menghalau manusia ke tempat pengiringan mereka.

Dajjal maksudnya ialah bahaya besar yang tidak ada bahaya sepertinya sejak Nabi Adam A.S sampai hari kiamat. Dajjal boleh membuat apa saja perkara-perkara yang luar biasa. Dia akan mendakwa dirinya Tuhan, sebelah matanya buta dan di antara kedua matanya tertulis perkataan 'Ini adalah orang kafir'. Asap akan memenuhi timur dan barat, ia akan berlaku selama 40 hari. Apabila orang yang beriman terkena asap itu, ia akan bersin seperti terkena selsema, sementara orang kafir pula keadaannya seperti orang mabuk, asap akan keluar dari hidung, telinga dan dubur mereka.

Binatang melata yang dikenali sebagai Dabatul Ard ini akan keluar di kota Mekah dekat gunung Shafa, ia akan berbicara dengan kata-kata yang fasih dan jelas. Dabatul Ard ini akan membawa tongkat Nabi Musa A.S dan cincin Nabi Sulaiman A.S. Apabila binatang ini memukulkan tongkatnya ke dahi orang yang beriman, maka akan tertulislah di dahi orang itu 'Ini adalah orang yang beriman'. Apabila tongkat itu dipukul ke dahi orang yang kafir, maka akan tertulislah 'Ini adalah orang kafir'.

Turunnya Nabi Isa. A.S di negeri Syam di menara putih, beliau akan membunuh dajjal. Kemudian Nabi Isa A.S akan menjalankan syariat Nabi Muhammad S.A.W. Yakjuj dan Makjuj pula akan keluar, mereka ini merupakan dua golongan. Satu golongan kecil dan satu lagi golongan besar. Yakjuj dan Makjuj itu kini berada di belakang bendungan yang dibangunkan oleh Iskandar Zulqarnain. Apabila keluarnya mereka ini, bilangannya tidak terhitung banyaknya, sehingga kalau air laut Thahatiah diminum nescaya tidak akan tinggal walau pun setitik.

Rasulullah S.A.W telah bersabda, " Hari kiamat itu mempunyai tanda, bermulanya dengan tidak laris jualan di pasar, sedikit saja hujan dan begitu juga dengan tumbuh-tumbuhan. Ghibah menjadi-jadi di merata-rata, memakan riba, banyaknya anak-anak zina, orang kaya diagung-agungkan, orang-orang fasik akan bersuara lantang di masjid, para ahli mungkar lebih banyak menonjol dari ahli haq" Berkata Ali bin Abi Talib, Akan datag di suatu masa di mana Islam itu hanya akan tinggal namanya saja, agama hanya bentuk saja, Al-Qur'an hanya dijadikan bacaan saja, mereka mendirikan masjid, sedangkan masjid itu sunyi dari zikir menyebut Asma Allah. Orang-orang yang paling buruk pada zaman itu ialah para ulama, dari mereka akan timbul fitnah dan fitnah itu akan kembali kepada mereka juga. Dan kesemua yang tersebut adalah tanda-tanda hari kiamat."

Sabda Rasulullah S.A.W, "Apabila harta orang kafir yang dihalalkan tanpa perang yang dijadikan pembahagian bergilir, amanat dijadikan seperti harta rampasan, zakat dijadikan seperti pinjaman, belajar lain daripada agama, orang lelaki taat kepada isterinya, menderhakai ibunya, lebih rapat dengan teman dan menjauhkan ayahnya, suara-suara lantang dalam masjid, pemimpin kaum dipilih dari orang yang fasik, oarng dimuliakan kerana ditakuti akan tindakan jahat dan aniayanya dan bukan kerana takutkan Allah, maka kesemua itu adalah tanda-tanda kiamata."

Saturday, September 13, 2008

Hobi baru..katernya

Suami aku kata...

wah...
ummmie ada hobi baru..
berchating sajer..

suami aku kater lagi
wah..wah..
ummie sekarang suker senyum sorang-sorang...
dok depan pc jer..senyum

suamiku kater lagi..
wah..wah.wah.
penuh tul masa umi nie...
( sbb aku yang asyik dok depan pc... dia tak der peluang)

dan kater lagi
wah..wah..wah..dan wah
ropernya isteriku ini sorang blogger..

dan kater lagi..
wah..wah..
ati2 kan tak pasai2 kena masuk ISA lak( berbaur ugutan la pulak)

dan..akhirnyer dengan rasa sedih dan penuh keciwa..
katernya terpaksalah abah cari hobi baru...
hik..hik...he..he..he
zalimnya aku...

menu aku ari ni macam biasa sajer..cuma aku tambah dos sikit...

ok..aku nak g wat kijo umah jap..banyak terbengkalai ...dorang dok tengah tunggu turn tu...
teruskan berusahanyer...sampai kurus..

Thursday, September 11, 2008

Sebelas ari dah....

Ari ni cuti masak....
sbb dah tak tau nak masak aper....

menu buka...
ikan terubuk bakar separuh + air asam
air 400ml
kuih butir nangka (5 butir )
kuih semperit ( 4 keping )
H20 500ml

kul 9pm lebih dah amik shake
f1x2+f3x1+400air..

menu aku nie tak berapa pok sangat..
ikut suker ati aku jer...
janji aku amik shake..
sbb tu berat payah nak turun...


esok aku tak banyak sgt kelas...so rileks la sikit.... aku bertugas minggu nie..
biasanya kalu guru bertugas banyak kerja nak kena buat.. tapi sebab peljar form 5 ada trial dan form 3 ada gerak gempur jadi kijo aku tak la banyak sangat.. lagipong sekarang nie asyik hujen jer....
pagi tadi pong takder perhimpunan pagi... pelajar terus masuk kelas..sbb huje....selmat sore aku yang tak berapa sedap nie...

risau bila pikir pasal kerja kan????
tension....

Sunnah Nabi Muhammad S.A.W di bulan Ramadhan

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah…
Dengan rahmatMu oh Tuhanku…
Ku tempuh jua

Album : Maafkan
Munsyid : Raihan Feat Man Bai


Sayugia bagi kita umat Islam berusaha mengikut sunnah Nabi dalam setiap perkara, begitu juga sepanjang bulan Ramadhan yang mulia ini:

1- Melewatkan bangun bersahur, keberkatannya dan mendahulukan Tamar:
ثبت في “الصحيحين” من حديث زيد بن ثابت قال: تسحرنا مع رسول الله ، ثم قمنا إلى الصلاة، قلت: كم كان قدر ما بينهما؟ قال: “خمسين آية”.
Maksudnya:
Daripada hadis Zaid bin Thabit berkata: Kami telah bersahur bersama Rasulullah SAW, kemudian kami bangun untuk bersolat (Subuh), saya bertanya (kepada Nabi): Berapakah kadar antara keduanya (sahur dan solat)? Baginda menjawab: “Kadar bacaan 50 ayat”.
-Direkodkan oleh Imam Bukhari (4/118-119) dan Muslim (no. 1097)
وعن أنس بن مالك قال: قال رسول الله : “تسحروا فإن في السحور بركة”.
Maksudnya:
Daripada Anas bin Malik berkata: Rasulullah SAW telah berkata: “Bersahurlah kamu, sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan”.
-Direkodkan oleh Imam Bukhari (4/120) dan Muslim (no. 1095)
وعن أبي هريرة قال: قال رسول الله : “نعم سحور المؤمن التمر”.
Maksudnya:
Daripada Abu Hurairah berkata: Rasulullah SAW telah berkata: “Sebaik-baik sahur seorang mukmin itu ialah dengan memakan tamar”.
-Direkodkan oleh Abu Daud (3/142)

2- Menjaga adab ketika berpuasa dengan tidak melakukan perkara lalai dan dosa:

عَنْ أَبي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ الله (ص) قَالَ : “الصِّيامُ جُنَّةٌ، فإذا كَانَ أَحَدُكُم صَائِماً فلا يَرْفُثْ ولا يَجهَلْ، فَإِنْ امْرُؤٌ شَاتَمَه فَلْيَقُلْ: إنِّي صَائِمٌ، إني صَائِم”.
Maksudnya:
Daripada Abu Hurairah RA: Sesungguhnya Rasulullah SAW telah berkata: “Puasa itu pencegah (dari api neraka), maka apabila kamu berpuasa maka janganlah kamu berkata yang tidak elok dan janganlah jadi orang bodoh (dengan percakapan sia-sia). Jika ada orang yang mengejinya maka katakan kepadanya: Aku berpuasa, aku berpuasa”.
-Direkodkan oleh Imam Bukhari (no. 1795) dan Muslim (no. 1151)

3- Sentiasa membaca dan bertadarus Al-Quran sepanjang bulan Ramadhan:
ثبت في حديث ابن عباس رضي الله عنهما قال: كان النبي أجود الناس، وكان أجود ما يكون في رمضان حين يلقاه جبريل فيدارسه القرآن، فلرسول الله حين يلقاه جبريل أجود بالخير من الريح المرسلة.
Maksudnya:
Daripada Ibnu Abbas berkata: Bahawa Rasulullah SAW adalah manusia yang paling pemurah, baginda lebih pemurah dalam bulan Ramadhan apabila Jibril datang menemui baginda, dia datang menemui baginda pada setiap malam bulan Ramadhan dan mereka bertadarus Al-Quran. Maka Rasulullah SAW sangat pemurah dengan kebaikan dari angin yang bertiup.
-Direkodkan oleh Imam Bukhari (no. 1902) dan Muslim (no. 2308)

4- Menyegerakan berbuka puasa sebelum solat Maghrib, dengan mendahulukan memakan Rutab (kurma basah) atau Tamar (kurma kering) atau meminum air:
عن أنس بن مالك قال: كان رسول الله يفطر على رطبات قبل أن يصلي، فإن لم تكن رطبات فعلى تمرات، فإن لم تكن حسا حسوات من ماء.
Maksudnya:
Daripada Anas bin Malik berkata: “Bahawa Rasulullah s.a.w. berbuka puasa dengan beberapa biji rutab sebelum bersolat. Sekiranya tiada rutab, maka dengan beberapa biji tamar, dan sekiranya tiada tamar, maka Baginda minum beberapa teguk air”
-Direkodkan oleh Abu Daud (no. 2348)

5- Membelanjakan orang lain untuk berbuka puasa:
عَنْ زَيدِ بنِ خَالِدٍ الجُهْنيِّ قَالَ : قَالَ رَسُولُ الله (ص):”مَن فَطَّرَ صَائماً كَانَ له مِثْلُ أَجْرِهِ غَيْرَ أَنَّهُ لا يَنقُصُ مِن أَجْرِ الصَّائِمِ شَيئاً”.
Maksudnya:
Daripada Zaid bin Khalid Al-Juhni RA berkata: Rasulullah SAW telah berkata: “Sesiapa yang memberikan juadah berbuka buat orang yang berpuasa maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa itu tanpa kurang sedikit pun”.
-Direkodkan oleh Tirmizi (no. 807), Ibnu Majah (no. 1746) dan An-Nasai dalam “Al-Kubra” (no. 3330-3331)

6- Mendoakan orang yang membelanjakan orang lain untuk berbuka puasa:
عن أنس بن مالك أن النبي كان إذا أفطر عند أهل بيت قال لهم: “أفطر عندكم الصائمون، وأكل طعامكم الأبرار، وصلت عليكم الملائكة”.
Maksudnya:
Daripada Anas bin Malik RA, bahawasanya Nabi SAW pernah berbuka puasa bersama sebuah keluarga di rumah mereka, maka baginda mendoakan mereka: “Telah berbuka puasa di sisi kamu mereka yang berpuasa, telah makan makanan kamu mereka yang baik dan telah berselawat ke atas kamu para malaikat”.
-Direkodkan oleh Imam Ahmad (3/118)

7- Menghidupkan setiap malam Ramadhan dengan beribadah:
عن أبي هريرة قال: قال رسول الله (ص):”من قام رمضان إيمانا واحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه”.
Maksudnya:
Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW berkata: “Sesiapa yang mendirikan (malam dengan beribadat) dengan penuh keimanan dan keikhlasan, maka diampunkan dosanya yang telah lalu”.
-Direkodkan oleh Imam Bukhari (no. 2008) dan Muslim (no. 174)

8- Mendirikan Solat Tarawih dan solat-solat sunat yang lain:
ثبت من حديث أبي سلمة بن عبد الرحمن أنه سأل عائشة رضي الله عنها: كيف كانت صلاة رسول الله في رمضان؟ فقالت: ما كان يزيد في رمضان ولا في غيره على إحدى عشرة ركعة، يصلي أربعا فلا تسأل عن حسنهن وطولهن، ثم يصلي أربعا فلا تسأل عن حسنهن وطولهن، ثم يصلي ثلاثا، فقلت: يا رسول الله، أتنام قبل أن توتر. قال: “يا عائشة، إن عيني تنامان، ولا ينام قلبي”.
Maksudnya:
Daripada hadis Abi Salamah bin Abdul Rahman, bahawa beliau telah bertanya kepada Aishah RA: Bagaimanakah solat Rasulullah SAW pada bulan Ramadhan? Beliau menjawab: Baginda tidak menunaikan solat pada bulan Ramadhan dan bulan-bulan lain lebih dari 11 rakaat, baginda bersolat 4 rakaat maka jangan ditanya tentang elok dan panjangnya, kemudian baginda bersolat 4 rakaat lagi maka jangan ditanya tentang elok dan panjangnya, kemudian baginda bersolat 3 rakaat, maka saya bertanya: Wahai Rasulullah, adakah kamu tidur sebelum solat witir? Baginda menjawab: “Wahai Aishah, sesungguhnya kedua-dua mataku tidur tetapi hatiku tidak tidur”.
-Direkodkan oleh Imam Bukhari (no. 2013) dan Muslim (1/509)

9- Beriktikaf pada 10 malam terakhir Ramadhan dan mengajak ahli keluarga turut serta:


عن عائشة رضي الله عنها قالت: كان رسول الله إذا دخل العشر أحيا الليل، وأيقظ أهله، وجدَّ وشدَّ المئزر.
Maksudnya:
Daripada Aishah RA berkata: Bahawasanya Rasulullah SAW apabila masuknya 10 malam terakhir Ramadhan, baginda menghidupkan malamnya (dengan beribadat), mengejutkan ahli keluarganya, bersungguh-sungguh (dalam beribadat) dan mengetatkan kainnya (tidak bersetubuh).
-Direkodkan oleh Imam Bukhari (4/233-234) dan Muslim (no. 1174)

10- Bersungguh-sungguh untuk mendapatkan Lailatul Qadar pada 10 malam terakhir Ramadhan:
ثبت من حديث عائشة رضي الله عنها قالت: كان رسول الله يجاور في العشر الأواخر من رمضان، ويقول: “تحروا ليلة القدر في العشر الأواخر من رمضان”.
Maksudnya:
Daripada hadis Aishah RA berkata: Bahawasanya Rasulullah SAW beriktikaf pada 10 malam terakhir Ramadhan, baginda berkata: “Tuntutlah Lailatul Qadar dengan bersungguh-sungguh pada 10 malam terakhir Ramadhan”.
-Direkodkan oleh Imam Bukhari (4/225-226) dan Muslim (no. 1169)

11- Doa khusus pada setiap malam Ramadhan:
عَنْ عَائشةَ رَضيَ الله عَنْهَا قَالَتْ: قُلتُ: “يا رَسولَ الله، أَرأَيتَ إنْ عَلِمْتُ أيَّ ليلَةٍ ليلَةَ القدْرِ مَا أَقُولُ فِيهَا؟ قَالَ: قولي: اللَّهُمَّ إنَّك عَفُوٌّ كَريمٌ تُحبُّ العَفوَ فَاعْفُ عنِّي”
Maksudnya:
Daripada Aishah RA berkata: Aku bertanya: “Wahai Rasulullah, jika aku tahu malam bilakah Lailatul Qadar, apakah doa yang patut aku ucapkan? Baginda berkata: “Berdoalah: Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan Maha Mulia Yang Sukakan Keampunan maka ampunilah aku”.
-Direkodkan oleh Tirmizi (no. 3508)

12- Membayar Zakat Fitrah sebelum Solat Aidil Fitri:
ثبت من حديث ابن عمر قال: فرض رسول الله زكاة الفطر صاعا من تمر أو صاعا من شعير على العبد والحر، والذكر والأنثى، والصغير والكبير، من المسلمين، وأمر بها أن تؤدى قبل خروج الناس إلى الصلاة.
Maksudnya:
Daripada hadis Ibnu Umar berkata: Rasulullah SAW telah mewajibkan Zakat Fitrah sebanyak secupak tamar atau secupak gandum kepada setiap hamba dan merdeka, lelaki dan perempuan, kanak-kanak dan dewasa, dari kalangan umat Islam, baginda memerintahkan untuk menunaikannya sebelum keluar orang ramai untuk bersolat (Aidilfitri).

Wednesday, September 10, 2008

menu posa ke 10 ari

sahur..

2xf1+1xf3+1 mug air


buko posa

nasik 200 butir ( risau aku takut adieha geli ati lagi, susah nanti )
kerabu mangga( mangga +timun+udang)
kurma 1 butir
puding karamel ( 2 jurai = 15 suapan )
air teamix...ala azini..

aku wat karamel sebb smale che abe suh wat...dia kata sedap...aku sebenarnya malas..sbb kalau wat, 3 ari baru abih...tu pong aku yang tolong perabiskan...letih tul..tapi sbb aku nie isteri mithali aku wat la jugak..tapi ari nie tak berapa nak menjadi sbb tengah dok kukus tu...tiba2 pulak gas abis.....tapi jadi la jugak...lembik sikit..

syukur sebb sempat lagi posa selama 10 ari...moga penuhla posa aku nie sebule...amin..........



ni la roper karamel aku.. yang lopong tu..aku dah rembat...he..he

Dah turun sikit jer

Ari dah turun 1 kilo sejak posa....jadi 83kg..bila nak jadi angka 7 kat depan nih...

Tuesday, September 9, 2008

Sahur...oh sahur

Ari ni tak bangun sahur....tertidur..
sebenarnya aku biasa bangun kul 4.30 pagi...nak jadi cerita aku dah bangun kul 4.00pagi tuh.. tapi aku punyer perangai kalau tak sampai time dia.. aku tido balik..kononya aku nie hebat leh bangun ikut time..
alih-alih tertido... sedar- sedar dah kul 5.40...dah imsak..aku dengan rasa berat hati dan penuh rasa kesian...cakap ngan suami.. dah masuk waktu imsak..emm dia jawab sempat lagi ker umi....aku cakap dah tak sempat.. sib baik dia tak marah.. alhamdullilah..

jadi ari nie aku tak amik la shake..
lapar betul...rasa lemah jer...
Tapi tak per ...semangat tu masih ada..


Menu Buka Posa

Ude masak kari
Ike siakap goreng
air limau nipis..
Budu + tempoyak (suami aku buat tempoyak nie...)
celur terung

menu tu untuk che abe aku...
aku punyer cam biasa ambil semua tapi dalam kadar yang secukup rasa..


Buat PSF..no keta hang aku tak ingat...aku tumpang bersedih di atas kejadian yang berlaku ke atas tok wan..harap tok wan cepat sembuh.... tapi hang still lagi seronok sbb ader tok wan.. aku dari kecik memang takde tok wan ke tok nenek ... aku mmg tak leh nak bermanja dengan tok..tok ni.. kan seronok kalau ada tok ni.. tapi aku bersyukur.. sbb mak masih ada.. walau ayah dah meninggal pada 2005 yang lalu.. dan aku bersyukur sesangat sebab ada family yang bahagia.. anak-anak yang comel dan suami yang handsome......dan yang penting sebab aku dah tua..tapi still tak matang..

Budak aku sekarang tengah amik Trial SPM.. Hari ni dah masuk hari yang kedua...
Mengantuk tul bila jaga periksa nie.. kena pulak dengan kelas yang belakang....asyik nak kena tegur jer... yelah mereka tak leh jawab.. jadi apa lagi.. kacau kawan la.. boring la katakan..tapi budak besar nie lain sikit.( kita tegur dia dengar untuk 5 minit jer ) pah tu wak lagi.. )Nak jadi cikgu kena banyak sabar.. sebab klien kita budak2...bukan orang tua yang faham bahasa... untuk pengetahuan ... ari paper English...esok Sejarah...( subjek aku tuh.. ) risaunyer... takut budak tak leh jawab....Cikgu doakan kalian dapat jawab dengan sempurna... dapat markah tinggi-tinggi.. nanti dapat hadiah( nada gembira ).. kalau sikit pong dapat gak hadiahnya( nada geram )..

Monday, September 8, 2008

rahsia aku....

untuk pengetahuan semua.. aku sampai sekarang takjadi lagi ahli herbalife walau dah amik benda nih dekat 5 bulan.....jadi aku nak tanya kat sini saper yang sudi jadi aku punyer upline.....dengan rega yang istimewa...pelikkan....itulah aku..ari ni timbang lagik kat sekolah tadi... maintain ...aku biasa satu bulan tu turun dalam sekilo jer sekarang.. arap2 posa2 nie turun banyak lah sikit..

kat sekolah aku tu geng yang amik herbalife nie adalah dalam 10orang termasuklah aku... dan yang masih maintain ader dalam 4 orang jer.... dalam 4 orang nie semuanyer dah turun 10kg lebih....dan diaorang nie dah nampak lawa dan muda termasuklah aku...
cuma aku nie tak nampak sangat perubahannya sebab aku nie jenis pemalu sikit...( berat terlampau,..)tapi kawan aku yang dah turun dalam 14kg tu mmg nampak cengkung...kami amik serentak ....start 19/03/08 ari tuh sampai la ni...

ari ni macam biasa amik shake semasa sahur....

Sunday, September 7, 2008

umah aku ( in progress)



ni la umah aku kat kampung.. kelantan.. Isyaalah akan siap tak berapa lama lagi..
aku pong berdoa semoga dapat pindah ke kelantan..
dapatla dok umah baru....

rumah ni ada lima bilik...cantikkan...enjoy..sorry video tak berapa cun..sbb yang amiknyer masih lagi tahap amatur.. ( hubby )oppppsssss..

menu aku....posa..

sory kepada pembaca blog sebab aku tertulis banyak dalam perkataan kelantan.. dah terbiasa...
gitu jugak aku kalau kat sekolah.. kalau tengah ngajar tuh automatik cakap luar.. kalu cakap ngan member.. automatik jadi kelate..fening2....dah nasib badan...lidah dah pelat sesangat...

Menu hamba.. yang tak seberapa sistematik..
Sahur@5.15 pagi
2 scoops capu + 1 scoop F3 + 400ml H²O


Dinner@7.20 pete
nasik ( dalam 200 butir)
lauk ckit..(kononnyalah )

inbetween.. aku redah mini karipap sikit...( jiran bagi suh rasa...)
sedap wo..
last sekali aku g beli 11 supik....1 supik rm 10...
niat aku baik bukan untuk membazir...4 supik nak bagi pada makcik2 yang jaga heykal ...yang lebih tuh untuk wat balik kampung.....sambil makan kat umah...

aku biasa satu malam tu abih air dalam 1.5 liter jer....tiap2 ari gitu...

macamanalah nak cpat kurus nih....

time nie anak2 aku ngan hubby tengah syok layan PS2....aku dok menyibuk di sini....

esok nok buka ngan herbalife jer la... ( azam baru )sebelum tido..

cerita aku...

sejak mula posa sampai le ke ari nie..
sahur aku ngan herbalife jah...
buka tuh cuma make nasik sikit jah..
aku harap posa nie aku turun dalam 4 kilo..tak tau la bulih ko dok..
amin.................

tapi setiap kali lepas sahur tuh....aku sokmo royak ko diri aku..
nok buko ngan hebalife jah..
tapi gak.. tiap2 ari terbabas..
bakpo jadi gini....
tapi nasi aku amik sikit jah...
dan untuk menguat semangat aku yang makin ari makin menggunung .. aku lawatla blog hok berkaitan dengan herbalife nie untuk amik semangat....set2 geng herbalife nie... mmg bersemangat.... cayalah...
dan mereka makin ari makin cantik.. terutama alinx dan yang dok kat penang tuh.. aku tok berapo ingat lagi namo dio...sebb set dio pong tak kenal pong aku.. aku jah perase saing ngan set dio...

Insyaalah akua akan make herbalife nie selagi aku mampu...sbb buke untuk kurus jah.. tapi untuk comel jugak dan yang paling penting untk kesihatan... apa guna kalu comel kalu tok leh nok guna.. asyik dok sakit jah..tul tak....
ari sudah masuk ari yang ke 7 kita posa....
setakat nie alhamdulillah..
aku bulih lagi posa dengan sempurna...
setakat nie aku masih lagi maintain masak untuk juadah berbuka..walaupong kadang2 tuh rasa malas sesangat....
tetapi demi suami tercinta dan demi lauk yang tak sedap kalu beli...atau tak berapa jelira atau cemar.. aku gagahkan jugak untuk msak...walaupong sikit...

biasanya aku akan tanya dulu che abe aku nok make gapo....barulah aku akan masak...
kalau tidak.. jawabnyer tok makan lah dio...aku pong letih sajo masak ...so lebih baik aku tanya dio dulu....
ari ni aku wat sayur air..sambal ike bilis ala kelate..goreng ikan jelawat.. tuhjah..
kuih tak wat...sbb suami aku nie jenih tak make sangat kuih...
makan nasik jah...

sejak make herbalife nih aku rasa badan pong jadi bertenaga walaupong puasa... bagus herbalife nie...

Aduhai cikgu....

Sebenarnya..jauh disudut ati aku ni....Ader banyok gambar aku nok tepek sini....
tapi aku malu.....
malu ko anak murid aku...manalah tau nanti diaorang terjumpa blog aku nih...
mampuih nanti dok perli aku...buke bulih kira.. loni ke zaman IT... set dio lagi canggih.. ari2 dok main internet...siap ado myspace lagi..ari2 dok offer aku suruh tengok myspace set dia..
aku kata ..cikgu tak tgk benda gitu..he..he..

jadi kalu nok tepek pong keno tepek gambar hok sopan jah...
hok tok leh set dio nok komplen....he..he..
cikgu dio nih jenis brutal sikit.....kena panda pado anak murid...

buat anak2 murid cikgu hok akan ambil trial SPM mulai esok...
cikgu doakan semoga esok kalian dapat jawab dengan sempurna...
ingat apa yang cikgu dah ajar...jangan la dok malas2 sangat...lepas sahur jangan la tido...baca buku tuh....( macamla anak murid aku akan baca...)

Friday, September 5, 2008

Aku dan herbalife




pic b4 herbalife

masa nie aku belum stat lg herbalife..berat myb dalam 95 kg.....rasa dah tak larat dah....muka macam kuih pau...



ini pic aku lepas make herbalife..
berat maso nie dale 86 kg.....