Monday, February 23, 2009

upin dan ipin...betul....betul






semalam aku sekeluarga g tgk upin dan ipin.. bukan main suka lagi anak2 aku..
tak sabar nak pergi..inilah wajah kegembiraan yg jelas ternampak..

Saturday, February 21, 2009

sedihnya aku rasa...

mood aku dalam beberapa hari nie tak berapa baik.. aku pong tak tau kenapa..
sedih sajer rasanya...

semalam aku ada mengadu pasal sendi ibu jari aku yang sakit pada kawan aku... dia kata itu tanda penyakir artritis... mula2 dia serang kat ibu jari.. sedih aku dngar.. sebab aku mmg dah ada penyakit lain...aku mmg regular chechup kat hkl.. untuk penyakit tiroid.. ( kalau korang baca.. aku mmg ada tulis pasal aku dan tiroid tahun 2007 ) kencing manis dan darah tinggi...untuk penyakit tu saja aku dah dapat banyak bekal ubat.. inikan pulak untuk penyakit sendi... aku rasa betul2 takut..
...aku takut tak sempat nak tgk anak2 aku membesar .
...takut bila kita ada penykait nie.. orang dah tak sudi...
..takut menyusahkan orang...
.. jadi jalan yg terbaik.. aku fikir.. aku amik herbalife nie... bulih kontrol semua...

lagi satu.. aku sedih bila mintak pindah jer.. tak dapat.. rumah aku dah siap....tapi aku still tak dapat pindah...
bulan2 aku kena bayar rm1200 untuk umah tuh dan umah sewa yang aku duduk sekarang rm 500...sedih dan tertekan aku... buat rumah cantik2 tapi tak dapat duduk.. aku pong tak tau kriteria apa yang orang KPM nak..aku kat sini dah lapan tahun.. suami aku pulak dan nak masuk 13 tahun...lagipong aku nie berpenyakit.. ntah dapat tak duduk umah aku tuh..
kadang2 bila aku fikir balik... orang KPM nie tak adil dalam hal perpindahan nie.. macam alasan yang diberi ..maaf kelantan dah penuh.. tak cukup tempoh dan bla..bla.. yg buat aku rasa nak ***** saja orng KPM tuh.. meyampah betul aku dengan alasan diaorang.. dia orang mmg ******... kawan aku yang dapat balik kelantan semuanya tak ikut kriteria yg dia orang cakap.. YA.. Allah kuatkanlah iman aku nie...kadang2 aku terpikir nak pergi KPM tuh dan *******saja orang kat situ ( nada geram ). suka berjanji tapi tak tunai.... tapi aku pk pulak yg aku nie profesional.. kalu tidak...

maybe diaorang tak rasa apa yang aku rasa sbb dia orang tak rasa sendiri...kalaulah benda ini terjadi pada keluaraga atau anak diorang baru diaorang rasa.. amin.......

umah aku sekarang mak aku dok sorang ..umur dah 70 tahun...dia mmg nak dok ngan aku.. tapi nak buat macamana sebb anaknya masih tak dapat pindah...
bila aku cerita pada org KPM diaorang kata aku menipu... tapi tak perlah Tuhan tu mahan adil.. maybe satu masa nanti diorang tu akan duduk sorang sampai ke tua.. sbb anak2 dioarang tak bulih balik... itu namanya hukum karma... kat dunia lagi pembalasannya..masa tu mayb diaorang akan ingat kat aku...insan yang teraniaya.. dah lima tahun aku mintak pindah.. kawan aku mintak sekali jer dah dapat..

Saturday, February 14, 2009

aku yg tak berubah

aku kena tegor( nasihat ) ngan che abe...

dia kata kalu amik herbalife nie mesti malas masak....
yang jadi mangsa dia la..
dan satu lagi mesti g pasar malam.. dan bila g pasar malam yg jadi mangsa.. aku la...
asyik terkantoi jer..
padan muka..tak leh kontrol nafsu

dah dua ari terkantoi...

korang2 yang masih mendara sampai sekarang...buat betul2 nanti dah ada suami susah pulak.. dugaannyar besar.. tul tak adiwish dan cik jah yg tgh sarat.. anda setuju.. sila antar undian..

jadi minggu nia aku tak timbang..sbb aku nie jenis tak leh terima kenyataan...mesti tak turun...

aku lani dok sibuk download citer drama korea dan hongkong...tq adiwish sbb bg link... dok berebut ngan che abe aku...masing cbuk dok depan pc.. maklumlah masing2 tak der kerja...anak2 pong dah besar..buat kerja masing2...

aku ada dua orang je anak.. dua2 putera... sulung darjah satu.. yg kecik tapi besar dah lima tahun.. dua2 dah skolah...
dulu yang sulung tuh.. kalau ada orang tanya pasal aku yakni umi dia.. dia akan kata 'umi kimi besar, umi kimi makan banyak ' dengan nada bangga. dia tak tau yg ayat dia tuh dah menjatuhkan maruah aku.. hi..hi..hii.. tapi biasalah budak .. cakap mesti betul punya.. ari ni tak g taman... malas la..

Wednesday, February 11, 2009

rutin harian ku

anak aku yang sulung tahun nie dah darjah satu.. jadi sebelah pagi dia pergi sekolah kebangsaan.. sebelah petang pulak sekolah agama...
jadi rutin harian aku adalah pergi ambik dia dari skolah agama kul 5.30 petang...

lepah tu dalam kul 6.30 pulak bawak anak g taman di kg taman jasa kat ulu yam... dekat umah aku.. tapi yang tak bestnyer mesti jumpa dengan pelajar2 aku... biasanya yang lelaki.. sibuk aku dok main buaian mesti ada yang tegor ...ehhh cikgu...itu tak per lagi...
nie yang berlaku petang tadi.. sedang aku dok syok main buaian.. tiba ada pelajar aku tegur .. cikgu hati2 main .. nanti jatuh ( dalam ati aku sayang jugak diaorang kat aku.. ) tapi aku tahu dia orang tu perli kot.. sebenarnya aku lagi risau takut buai tu runtuh.. ha..ha..ha......budak tuh tadi baru aku ngajar kelas dia.. tingkatan lima yang paling last sekali...

dalam kelas jangan tido lagi k??

asam garam keluarga

|| Awal kawin
isteri : bang nak duit sikit
suami : ambik la..kan duit ayang juga

|| Pertengahan kawin
isteri : bang nak duit sikit..
suami : ayang lum gaji lagi ker ?

|| Hujung2 nyawa....
isteri : bang nak duit sikit...
suami : nak buat apa,nak beli apa,kan hari tu dah bagi (tahun lepas), nak beli mas la tuuuu....!! lain tak de mas...mas...mas...


|| Awal Perkahwinan
Isteri : "Jom kita pergi shopping"
Suami : "Jom..dari duduk rumah, bosan plak.."

|| Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Jom kita pergi shopping"
Suami : "Abang penat laaa..Ayang pergi sendiri laaa..naik lrt ke..drive ke..teksi ke.."

|| Penghujung perkahwinan
Isteri : "Jom kita pergi shopping"
Suami : "apa shopping moping..?..aku kompang kang...."


|| Awal Perkahwinan
Isteri : "Hari ini kita makan kedai ye.."
Suami : "OK..no problem.."

|| Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Hari ini kita makan kedai ye.."
Suami : "Awak tak boleh masak ke ?"

|| Penghujung perkahwinan
Isteri : "Hari ini kita makan kedai ye.."
Suami : "awak nikah je lah ngan mamak kedai tu..."


|| Awal Perkahwinan
Isteri : "Ayang mengandung.."
Suami : "Abang tak sabar nak lihat anak kita.."

|| Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Abang tolong buat susu anak.."
Suami : "Abang mengantuk laa..ayang buat laaa.."

|| Penghujung perkahwinan
Isteri : "Cuba awak tegur anak tu sikit.."
Suami : "Haiii..anak awak..memang ikut mak...gerenti bengong nyer..."


|| Awal Perkahwinan
Isteri : "Ayang masak, abang kemas rumah ye.."
Suami : "OK..no problem.."

|| Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Ayang masak, abang kemas rumah ye.."
Suami : "Saya penat, awak ajelahh yang buat.."

|| Penghujung perkahwinan
Isteri : "Ayang masak, abang kemas rumah ye.."
Suami : " apa kata awak masak, awak kemas, awak buat sumer...saya sibuk nak baca suratkabar ni, nak amik tau perkembangan dunia..."


|| Awal Perkahwinan
Isteri : "Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?"
Suami : "Apa yang ayang inginkan.."

|| Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?"
Suami : "Setiap tahun saya berikan...tak cukup lagi ke ?"

|| Penghujung perkahwinan
Isteri : "Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?"
Suami : "bukan harijadi awak dah lepas ke?"...


|| Awal Perkahwinan
Isteri : "Ayang tak pandai masak.."
Suami : "takpe, biar abang masak.."

|| Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Ayang tak pandai masak.."
Suami : "masak jer la apa2 jer.."

|| Penghujung perkahwinan
Isteri : "Ayang tak pandai masak.."
Suami : " bakar je lar dapur tu..."...

untuk pengetahuan semua... kadang2 peristiwa tu betul2 kena batang hidung aku...aduh sakitnye.. tapi aku fasa pertengahan perkahwinan la..hujung belum lagik... korang bila lagi.. terutama buat yang mendara sampai lani..hi..hi.. moga cpt jumpa jodoh no/....

Tuesday, February 10, 2009

kalori...bahayo weh...

PANDUAN MENGIRA KALORI MAKANAN

Kategori:Kuih Muih
1. Kasuiberkelapa parut (sekeping) = 160 kalori
2. Kuih lapis (sekeping) = 130 kalori
3. Bingka ubi (sekeping) = 220 kalori
4. Cekodok Pisang (sebiji sederhana) = 180 kalori
5. Popia goreng (satu) = 130 kalori
6. Popia basah (satu) = 95 kalori
7. Pisang goreng (sekeping) = 170 kalori
8. Kek biasa tanpa krim (sepotong) = 87 kalori
9. Karipap (sebiji) = 130 kalori
10. Sandwich sardin (sekeping) = 70 kalori
11. Bubur kacang (semangkuk) = 100 kalori

Kategori: Lauk Pauk
1. Ikan kembong kari berkuah (seekor) = 85 kalori
2. Ikan tenggiri goreng bercili (sepotong) = 142 kalori
3. Ikan kembong goreng (seekor) = 140 kalori
4. Ikan senangin masam manis berkuah (sepotong) = 210 kalori
5. Daging lembu kari berkuah (2 kotak mancis) = 130 kalori
6. Ayam kari berkuah (sepotong) = 250 kalori
7. Ayam goreng (sepotong) = 255 kalori
8. Ayam tandoori (sepotong) = 220 kalori
9. Sambal udang (setengah cawan) = 70 kalori
10. Sambal sotong (setengah cawan) = 55 kalori
11. Telor goreng (sebiji) = 110 kalori
12. Taukua goreng (sekeping) = 110 kalori
13. Kacang panggang dalam tin (2 sudu makan) = 40 kalori

Kategori: Makanan Rutin
1. Nasi putih (satu setengah cawan) = 260 kalori
2. Nasi lemak bersambal (sepinggan) = 400 kalori
3. Nasi goreng bertelur (sepinggan) = 635 kalori
4. Nasi briyani berayam (sepinggan) = 880 kalori
5. Nasi minyak kosong (sepinggan) = 445 kalori
6. Nasi ayam kosong (sepinggan) = 300 kalori
7. Mee goreng kosong (sepinggan) = 660 kalori
8. Mee sup (semangkuk) = 380 kalori
9. Mee hoon goreng (sepinggan) = 550 kalori
10. Roti putih (2 keping) = 156 kalori
11. Roti canai kosong tanpa kuah (sekeping) = 200 kalori
12. Capati tanpa kuah (sekeping) = 180 kalori
13. Pau ayam (sebiji) = 203 kalori
14. Emping jagung kosong (secawan) =160 kalori

Kategori: Makanan Segera
1. Peha ayam goreng (satu) = 130 kalori
2. Nugget ayam (satu) = 60 kalori
3. Kentang lecek (satu tub kecil) = 90 kalori
4. Sayur kobis hancur (satu tub) = 75 kalori
5. Burger keju (satu) = 425 kalori
6. Kentang goreng (satu kantung kecil) = 405 kalori
7. Sate ayam (secucuk) = 35 kalori
8. Pizza berkeju (sepotong) = 240 kalori

Kategori: Buah-buahan
1. Tembikai (sepotong) = 20 kalori
2. Betik (sepotong) = 45 kalori
3. Pisang emas (2 biji) = 76 kalori
4. Durian (5 ulas) = 64 kalori
5. Limau (sebiji) = 42 kalori
6. Jambu batu (sebiji) = 110 kalori
7. Nenas (sepotong) = 59 kalori
8. Epal (sebiji) = 63 kalori
9. Ciku (sebiji) = 44 kalori
10. Mangga (sebiji) = 103 kalori


kategori minuman

minuman berkabonat 1 tin 285g - 120 kal
minuman kotak 250g - 105 kal
susu tepung penuh krim 1 sudu makan - 33 kal
susu tepungtanpa lemak 1 sudu makan - 25 kal
aiskrim 2 skop- 390 kal
susu pekat manis 1 sudu makan - 71 kal
yogurt rendah lemak 1 cawan - 90 kal
mentega 2 sudu teh - 75 kal
keju chedar 1 keping -58 kal


kalau boleh satu ari tuh...ambik dalam 1000kalori saje..

Monday, February 9, 2009

tersurat dan tersirat

Disebalik kata-kata seorang wanita yang perlu difahami oleh Lelaki.

1. Kalau perempuan tanya: Lawa ke budak pompuan tu? Makna tersembunyi: Siapa yang paling lawa? I ke, budak pompuan tu?

2. Kalau perempuan tanya: You dah makan ke belum? Makna tersembunyi: Jom pi makan. Lapar ni!

3. Kalau perempuan kata: Lawa-lawa la baju kat sini, kan. Makna tersembunyi: Belikanlah untuk I.

4. Kalau perempuan kata: Rasa macam nak pening la. Makna tersembunyi: Tolong picit kepala.

5. Kalau perempuan kata: Letihnya hari ni. Mana nak masak, basuh kain-baju lagi... Makna tersembunyi: Kita makan kat luar jelah.

6. Kalau perempuan kata: Kita lebih sesuai berkawan saja. Makna tersembunyi: I tak nak kat you. Tak paham-paham ke?

7.Kalau perempuan kata: I suka berkawan dengan you. You baik,memahami bla bla bla... Makna tersembunyi: Hish... I rasa macam minat sesangat kat you . Rasa macam nak jadi awek you je.

8. Kalau perempuan tanya: You pernah tak teringatkan awek you yang dulu? Makna tersembunyi: cemburu nie..kalu sebut.. siap kau

9. Kalau perempuan kata: I sanggup berkorban demi kebahagiaan you. Makna tersembunyi: Amboi! Aku kena berkorban. Habih,hangpa dua ekoq gak yang seronok.

10.Kalau perempuan kata: I tak kisah kalau memang betul you nak kahwin lagi satu. Asalkan you berterus-terang dengan I, bersikap jujur dan berlaku adil.
Makna tersembunyi: Sapa kata aku tak kisah? Adil ke tak adil, aku tak kira! Langkah mayat aku dulu sebelum nak menikah lagi satu.Jangan harapla

Ini cuma contoh saja. Tapi, memang ia selalu berlaku. Kalau tak percaya, cuba tanya isteri atau awek masing-masing, betul tak cakap di mulut tak sama dengan niat di hati. Bukannya kaum perempuan ni tak jujur dalam meluahkan isi hati mereka tapi, maklum la, kaum perempuan ni kan pemalu. HEHEHEHEHE....